Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Janji saya untuk beri jawatan PM kepada Anwar' - Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat negara itu untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi pengganti beliau. Demikian menurut laporan Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
'Janji saya untuk beri jawatan PM kepada Anwar' - Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/Reuters)

Diterbitkan : 23 Oct 2018 07:45AM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 07:46AM

SHAH ALAM: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat negara itu untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi pengganti beliau. Demikian menurut laporan Astro Awani.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata janjinya adalah untuk memberikan jawatan perdana menteri kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

"Saya janji akan meletak jawatan dan beri laluan kepada Anwar.

"Siapa jadi Perdana Menteri adalah atas suara rakyat. Kalau rakyat mahukan orang lain, saya akan lepaskan jawatan.

"Saya pun tahu saya tidak akan lama memegang jawatan ini," kata beliau seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

Sebelum ini di Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomberg yang dikendalikan oleh wartawan Fareed Zakaria, Dr Mahathir memberitahu bahawa Encik Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

Menurut laporan Astro Awani, Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau bersetuju untuk menyandang jawatan perdana menteri Malaysia kerana Encik Anwar berada dalam penjara apabila kerajaan baru mengambil alih pentadbiran.

Dalam pada itu, Dr Mahathir menegaskan bahawa tiada jaminan bakal penggantinya akan menjadi seorang perdana menteri yang baik.

"Saya tidak boleh menjamin pengganti lebih baik dari saya. Macam saya fikirlah lantik Tun Abdullah Ahmad Badawi, dia orang agama tetapi tengoklah apa jadi.

"Begitu juga dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, dia anak kepada Tun Abdul Razak Hussein tetapi tengok apa jadi," katanya. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan