Skip to main content

Dunia

'Jangkitan dari manusia ke manusia mungkin berlaku' tapi kerajaan Thai sudah siap sedia

Virus Wuhan, yang sudah merebak dari China ke negara-negara lain, sudah mencetuskan kebimbangan awam di Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
'Jangkitan dari manusia ke manusia mungkin berlaku' tapi kerajaan Thai sudah siap sedia

(Gambar: Mladen Antonov/AFP)

Diterbitkan : 29 Jan 2020 11:48PM Dikemas Kini : 29 Jan 2020 11:50PM

BANGKOK: Virus Wuhan, yang sudah merebak dari China ke negara-negara lain, sudah mencetuskan kebimbangan awam di Thailand.

Pada Selasa (28 Jan), Kementerian Kesihatan Awam Thailand mengumumkan bahawa 14 orang disahkan positif virus itu - jumlah tertinggi kes virus Wuhan dilaporkan di luar China.

Sejauh ini, para pegawai kesihatan sudah memantau 158 pelancong dari China bagi tanda-tanda potensi virus Wuhan. 29 daripada mereka dikesan di lapangan terbang manakala 129 individu lain secara sendiri mendapatkan rawatan perubatan di hospital.

Kesemua kes yang disahkan itu melakukan perjalanan dari China ke Thailand.

Menurut kementerian itu, pihaknya sudah bersiap sedia bagi "senario paling dahsyat" sedang virus Wuhan itu merebak ke seluruh China dan negara lain.

Thailand mungkin menyaksikan virus Wuhan boleh berjangkit dari manusia ke manusia, kata timbalan pengarah Jabatan Kawalan Penyakit kementerian, Dr Tanarak Palipat, sambil menambah bahawa penularan virus itu mungkin terhad pada awalnya, tetapi boleh merebak ke kawasan lain dalam wilayah yang sama.

Bagaimanapun, kerajaan Thailand menekankan bahawa sistem jagaan kesihatan negaranya sudah bersedia menangani penularan sedemikian. Perdana Menteri Gen Prayut Chan-o-cha berkata pada Isnin bahawa "kami boleh mengawal situasi tersebut 100 peratus". 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita