Jangkitan COVID beri imuniti serupa dengan vaksin: Kajian
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: CNA/Marcus Mark Ramos)
PARIS: Perlindungan daripada COVID-19 selepas pernah dijangkiti virus itu bertahan sekurang-kurangnya sepanjang tempoh yang sama selepas divaksin, menurut salah satu kajian utama tentang perkara itu pada Jumaat (17 Feb).
10 bulan selepas dijangkiti COVID-19, pesakit akan tetap mempunyai risiko 88 peratus lebih rendah unutk dijangkiti sekali lagi, dirawat di hospital dan kematian, menurut kajian yang diterbitkan jurnal Lancet.
Ini menjadikan seorang pesakit itu mempunyai imuniti semula jadi "sekurang-kurangnya tempoh imuniti daripada dua dos vaksin Pfizer atau Moderna," menurut tinjauan itu.
Penulis bagaimanapun menekankan bahawa penemuan mereka bukan sesuatu yang menghalang individu daripada mendapatkan vaksinasi, kerana ia kekal merupakan cara yang paling selamat untuk mendapatkan imuniti.
Kajian tersebut, diketuai Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) di Amerika Syarikat (AS) dan analisis paling menyeluruh dalam menunjukkan berapa lama perlindungan terhadap COVID-19 bertahan bagi pelbagai bentuk imuniti.
Penyelidik meneliti 65 kajian dari 19 negara sehingga September 2022, antaranya meliputi tempoh ketika Omicron melanda merata dunia.
Omicron terbukti lebih mudah dijangkiti mudah berjangkit tetapi kurang teruk berbanding varian sebelumnya.
Mereka yang mempunyai imuniti semula jadi daripada jangkitan sebelum Omicron menyaksikan perlindungan terhadap jangkitan semula hilang dengan lebih cepa , merosot kepada 36 peratus selepas 10 bulan, menurut kajian itu.
"Vaksin terus menjadi perlindungan utama bagi mereka yang lebih mudah terjejas seperti golongan berusia 60 ke atas dan mereka yang mempunyai komorbiditi," kata penulis bersama Caroline Stein dalam satu kenyataan.
Kajian tersebut juga memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai keadaan COVID pada masa depan, dengan lebih ramai yang sudah divaksin, dijangkiti semula dan mendapat "imuniti hibrid".
"Dalam jangka masa panjang, kebanyakan jangkitan akan berlaku dalam kalangan mereka yang sudah dapat perlindungan kukuh terhadap penyakit teruk disebabkan jangkitan sebelumnya, sudah divaksin, atau kedua-duanya sekali," kata Cheryl Cohen seorang ahli epidemiologi di Institut Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit Afrika Selatan.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.