Jangkitan COVID-19 di China dijangka sampai ke kemuncak menjelang Tahun Baru Cina
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
BEIJING: Gelombang COVID-19 yang menghentam bandar-bandar utama China kini semakin hampir ke titik kemuncak.
Demikian menurut kajian sebuah pasukan penyelidik di negara itu.
Namun penularan terbaru dijangka beralih ke kawasan luar bandar, serta kota-kota lebih kecil sepanjang bulan ini.
Menurut kajian tersebut, jumlah pesakit demam panas mula merosot sejak Krismas.
Di bandar Guangzhou contohnya, jumlah kes harian pernah melonjak sehingga 60,000 pesakit, namun kini merosot kepada sekitar 19,000 kes.
Dengan menjelangnya Tahun Baru China, ramai penduduk bandar dijangka pulang ke kampung halaman.
Oleh itu, timbul kebimbangan bagaimana daerah sebegitu mampu menangani gelombang jangkitan yang besar.
Pihak berkuasa China memberi jaminan, penularan terbaru sudah berjaya dikawal.
Menurut agensi media rasmi Xinhua, strategi yang kini diambil dirancang dengan teliti dan berdasarkan sains.
Namun masih wujud kebimbangan tentang kesan peralihan mendadak daripada strategi sifar-COVID kepada pelonggaran sekatan yang begitu meluas.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.