Jangkitan baru COVID-19 di Saudi kekal lebih 4,000 kes

(Gambar: AFP)
RIYADH: Jumlah kes baru COVID-19 di Arab Saudi kekal melebihi 4,000 pada Rabu (26 Jan).
Sebanyak 4,526 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Saudi Gazette.
Tiga kematian akibat komplikasi berkaitan koronavirus dilaporkan dalam tempoh yang sama, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Saudi.
Ini membawa jumlah kes jangkitan yang disahkan di Saudi kepada 666,259 dan kematian akibat virus tersebut kepada 8,920.
Seramai 5,772 pesakit sudah pulih dalam tempoh tersebut, menjadikan jumlah pesakit yang sudah pulih seramai 617,114.
Antara kes aktif COVID-19 yang dikesan, 789 berada dalam keadaan tenat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.