Skip to main content

Dunia

Jangan terburu-buru buat andaian kes Ismail Sabri: PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan terburu-buru buat andaian kes Ismail Sabri: PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Ramah Mesra di Bangunan Parlimen pada 5 Mac 2025. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 06 Mar 2025 10:20AM Dikemas Kini : 06 Mar 2025 01:43PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak terburu-buru membuat andaian mengenai siasatan terhadap mantan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

PM Anwar berkata perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sehingga ia selesai.

"Prinsipnya siasat tanpa kira (mana-mana individu terkait)...Saya tidak halang tindakan dan keduanya jangan menghukum sebelum selesai proses yang telus dan adil," katanya kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Parlimen pada Rabu (5 Mac).

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dilaporkan berkata Encik Ismail Sabri merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram selepas penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta (S$51.2 juta) di dalam sebuah tempat penyimpanan susulan serbuan dilakukan pihaknya.
 
Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui pentadbiran negara.

Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta (S$602,376) dengan kesemua akaun adalah sah dan aktif.

SPRM sebelum ini telah menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta (S$2.1 juta).
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita