'Jangan masuk kerja'; arah PBB susuli larangan Taliban ke atas pekerja wanita
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP)
KABUL: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengarahkan sekitar 3,300 kakitangan warga Afghanistan agar jangan masuk kerja untuk dua hari akan datang.
Ini setelah pemerintah Taliban pada Selasa (4 Apr) memberi isyarat akan menguatkuasakan larangan terhadap kaum wanita yang bekerja dengan misi-misi bantuan PBB di negara itu.
Badan dunia itu menggajikan sekitar 400 wanita Afghanistan.
Jurucakap bagi Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata pihaknya belum menerima arahan bertulis mengenai larangan itu.
Namun misi bantuannya di sebuah wilayah timur Afghanistan telah diarah melarang pekerja wanitanya menjalankan tugas mereka di sana.
Sejak Disember tahun lalu, larangan sedemikian telah dikenakan terhadap semua pertubuhan bukan pemerintah (NGO), yang memberi khidmat bantuan di Afghanistan tetapi misi-misi PBB, dikecualikan.
Akibatnya beberapa NGO menggantung operasi bantuan masing-masing kerana membantah larangan itu.
Taliban mengenakan larangan tersebut meskipun ramai penduduk Afghanistan amat bergantung kepada bantuan bagi meneruskan kehidupan.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.