Jaminan polis terhadap Namewee dilanjut dua minggu lagi
Jaminan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee disambung selama 14 hari lagi bermula Khamis (27 Nov) hingga 10 Disember ini.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jaminan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee disambung selama 14 hari lagi bermula Khamis (27 Nov) hingga 10 Disember ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata jaminan disambung memandangkan pihak polis masih menunggu laporan toksikologi dan bedah siasat berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan Hsieh Yun Hsin, 33, pada 22 Oktober lalu.
“Jaminan polis telah disambung pada 4 petang tadi,” katanya dalam kenyataan ringkas pada Rabu (26 Nov).
Namewee direman pada 5 hingga 13 November lalu, sebelum dilepaskan dengan jaminan polis hingga Rabu bagi menunggu laporan bedah siasat mangsa.
Hsieh ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Namewee dipercayai individu terakhir yang dilihat bersama wanita itu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.