Skip to main content

Dunia

Jambatan Sungai Johor selamat dilalui selepas kapal hanyut langgar struktur

Jambatan Sungai Johor di Telok Sengat di Kota Tinggi selamat dilalui semua pengguna jalan raya, menurut Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB).

Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan Sungai Johor selamat dilalui selepas kapal hanyut langgar struktur

Hasil pemeriksaan oleh pasukan teknikal mendapati struktur jambatan berada dalam keadaan selamat dan boleh dilalui seperti biasa. (Gambar: Threads syfqhismdi__)

Diterbitkan : 03 Sep 2026 01:56PM Dikemas Kini : 03 Sep 2026 01:58PM
KOTA TINGGI: Jambatan Sungai Johor di Telok Sengat di Kota Tinggi selamat dilalui semua pengguna jalan raya, menurut Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB).

SDEB dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil tindakan segera dengan menjalankan pemeriksaan dan penilaian terhadap keadaan struktur jambatan tersebut selepas sebuah kapal hanyut dan melanggar struktur jambatan berkenaan pada Rabu (2 Sep) pukul 2.30 petang.

"Hasil pemeriksaan oleh pasukan teknikal mendapati struktur jambatan berada dalam keadaan selamat dan boleh dilalui seperti biasa. Kapal terbabit juga telah dialihkan pada pukul 3.16 petang tadi," menurut kenyataan tersebut.

SDEB memaklumkan pihaknya sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan akan terus memantau keadaan struktur jambatan berkenaan dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya.

"Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengikuti sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan tersebut.

Awal dari itu, beberapa foto kejadian tersebut tular di laman Facebook, dengan dakwaan bahawa jambatan berkenaan tidak selamat dilalui dan ditutup sementara, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna lebuh raya berkenaan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita