Jambatan penting Rusia-Crimea dibom
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP
MOSKO: Rusia menerima satu lagi tamparan setelah satu bom kereta meletup di sebatang jambatan laluan kenderaan dan kereta api yang menghubungkan Rusia dengan Crimea.
Jambatan Kerch itu merupakan laluan logistik yang penting bagi tentera Rusia, kerana ia membawa bekalan peralatan ketenteraan bagi pasukan Rusia di Crimea dan juga wilayah-wilayah lain yang ditawannya di Ukraine.
Penasihat Presiden Ukraine dalam satu catatan Twitter menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu "permulaan".
Jika benar ia didalangi Ukraine, ia adalah suatu keprihatinan besar bagi Rusia kerana jambatan tersebut berada jauh dari medan perang.

Sumber : Agensi berita/DY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.