Skip to main content

Dunia

Jambatan kaca di Indonesia pecah, ragut nyawa seorang pelancong

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Jambatan kaca The Geong di Hutan Pinus Limpakuwus, daerah Banyumas pecah, menyebabkan dua pelancong terjatuh dan salah seorang daripada mereka maut, lapor laman berita Suara.com.

Pelancong wanita dikenali sebagai AI, 41 tahun, itu mengalami kecederaan, manakala seorang lagi mangsa, FA, 49 tahun, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Banyumas, Edy Suranta Sitepu berkata, kedua-dua mereka menggunakan jambatan itu sekitar pukul 10.00 pagi waktu tempatan pada Rabu (25 Okt), dipetik daripada Kosmo! Online.

Ketika kejadian berlaku, empat pelancong dalam kumpulan itu terjatuh kerana terdapat kepingan kaca yang pecah apabila dipijak.

“Apabila kaca pecah, dua mangsa berjaya berpegang dan menyelamatkan diri, manakala dua daripada mereka terjatuh,” kata Encik Edy, lapor Kosmo! Online.

Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu dengan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) diambil bagi membantu siasatan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita