Jambatan di Baltimore runtuh: Penyelam Amerika jumpa 2 mayat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: ANNA MONEYMAKER / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / GETTY IMAGES VIA AFP)
BALTIMORE: Para penyelam menemui mayat dua daripada enam pekerja yang hilang selepas terhumban ke dalam sungai di Pelabuhan Baltimore Habour dari jambatan yang roboh setelah dirempuh sebuah kapal kontena, menurut pegawai.
Mayat mereka dibawa naik dari Sungai Patapsco sehari selepas kapal kontena besar itu hilang kuasa dan keupayaan untuk dikawal sebelum ia merempuh salah satu struktur sokongan Jambatan Francis Scott Key, menyebabkan hampir keseluruhan jambatan itu runtuh.
Seorang pegawai Polis Maryland berkata mayat dua lelaki itu ditemui dalam sebuah trak dalam sungai sekitar 25 kaki berdekatan bahagian tengah jambatan yang runtuh.
Beliau juga berkata usaha untuk mencari mayat yang lain digantung disebabkan keadaan yang semakin berbahaya.
Lagi empat pekerja yang merupakan sebahagian kru yang membaiki jalan di jambatan itu masih hilang dan dianggap sebagai sudah mati pada Selasa malam, 18 jam selepas nahas berlaku.
Runtuhan jambatan itu, yang merupakan laluan utama untuk ke Pelabuhan Baltimore, memaksa penutupannya yang tidak diketahui tempohnya. Pelabuhan itu adalah antara yang paling sibuk di timur Amerika Syarikat, mengendalikan banyak kapal pengangkut peralatan kenderaan dan ladang.
Pasukan penyiasat persekutuan memeriksa kapal-kapal kargo sementara pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari mayat yang lain.
"Tahan semua trafik di jambatan utama. Ada kapal menghampiri dan tidak dapat dikawal," kata seseorang di radio polis beberapa minit sebelum nahas berlaku pada pukul 1.30 pagi Selasa.
Sementara suara-suara kedengaran membincangkan langkah seterusnya, termasuk memberi amaran kepada semua pekerja supaya meninggalkan jambatan, seseorang berkata: "Seluruh jambatan baru sahaja runtuh!" Audio itu disiarkan oleh Broadcastify, khidmat penstriman audio sumber terbuka.
Kapal kargo Dali yang berdaftar di Singapura itu, merupakan sebuah kapal kontena sebesar tiga padang bola sepak. Ia telah melaporkan hilang kuasa dan gagal menurunkan sauh untuk memperlahankan kapal, lantas tidak memberi cukup masa untuk pihak berkuasa menghentikan lalu lintas di jambatan dan berkemungkinan mengelakkan lebih banyak korban jiwa.
Tuntutan insurans bagi jambatan itu mungkin mencecah berbilion dolar, kata penganalisis, dengan salah seorang daripada mereka berkata ia mencecah setinggi AS$4 bilion (S$5.4 bilion), menjadikan tragedi itu satu rekod kerugian bagi insurans perkapalan.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.