Jambatan di Baltimore runtuh: Amerika Syarikat mulakan operasi besar-besaran bersihkan serpihan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: GETTY IMAGES NORTH AMERICA/AFP/Kevin Dietsch
BALTIMORE: Operasi besar-besaran untuk membersihkan jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat sudah bermula.
Ia termasuk mengeluarkan serpihan yang tersangkut pada kapal yang melanggar jambatan berkenaan.
Operasi tersebut diterajui para jurutera pasukan tentera Amerika, dan melibatkan lebih seribu pakar kejuruteraan, binaan, kontrak dan operasi.
Pihak berkuasa yakin, serpihan-serpihan itu dapat dibersihkan dalam masa beberapa minggu untuk membolehkan pelabuhan Baltimore dibuka semula.
Namun, mereka akur, tugas membina semula jambatan berusia 47 tahun itu mungkin mengambil masa lebih lama.

BACA:
Jambatan itu runtuh selepas dilanggar sebuah kapal muatan pada Selasa lalu.
Ini menyebabkan sekumpulan pekerja penyenggaraan atas jambatan itu terjatuh ke dalam laut.
Dua daripada mereka berjaya diselamatkan, dan mayat dua yang lain sudah ditemui.
Namun, empat lagi pekerja masih hilang, dan dianggap sudah meninggal dunia.

Sumber : AGENCIES/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.