Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jambatan baru akan hubungkan KLCC dengan satu-satunya kampung di Kuala Lumpur

Sebuah jambatan pejalan kaki yang baru sedang dibina di Kuala Lumpur yang akan menghubungkan kawasan berdekatan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dengan kawasan kediaman Kampung Baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan baru akan hubungkan KLCC dengan satu-satunya kampung di Kuala Lumpur

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Sep 2019 09:06AM Dikemas Kini : 14 Sep 2019 09:14AM

KUALA LUMPUR: Sebuah jambatan pejalan kaki yang baru sedang dibina di Kuala Lumpur yang akan menghubungkan kawasan berdekatan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dengan kawasan kediaman Kampung Baru.

Dijangka dibuka kepada orang ramai pada hujung bulan November ini, ia bakal menjadi daya tarikan baru di Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bahru, Encik Zulkurnain Hassan, jambatan sepanjang 370 meter itu kini 70 peratus siap dibina dan melibatkan kos RM31 juta (S$10.2 juta).

Mengetengahkan seni bina berkonsepkan sirih junjung, beliau berkata pembinaan jambatan itu bukan sahaja akan menggalakkan orang ramai terutamanya pelancong untuk datang ke Kampung Baru malah akan menjadi simbol ikonik baru ibu negara.

"Biasanya perjalanan berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC mengambil masa lebih 30 minit dan perlu melalui jalan raya dengan trafik yang sibuk," katanya.

Apabila siap kelak, ia dijangka dapat memendekkan masa perjalanan dari kawasan Kampung Baru ke KLCC kepada hanya tujuh minit.

Encik Zulkurnain berkata pengguna juga berpeluang mengambil gambar berlatarkan KLCC di dua kawasan bergambar yang disediakan di jambatan itu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan