Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jambatan Baltimore runtuh susuli pelanggaran libatkan kapal kontena SG

Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan Baltimore runtuh susuli pelanggaran libatkan kapal kontena SG

Gambar: StreamTime Live/YouTube

Diterbitkan : 26 Mar 2024 06:31PM Dikemas Kini : 26 Mar 2024 07:14PM
WASHINGTON: Jambatan Francis Scott Key yang terletak di bandar Baltimore di Amerika Syarikat runtuh selepas dilanggar sebuah kapal kontena yang berpangkalan di Singapura.

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Maryland (MTA) pada Selasa (26 Mac).

Sehingga 20 orang dikhuatiri berada di dalam air.

MTA menggesa para pemandu mengelakkan laluan merentasi Sungai Patapsco.

Sebelum ini, MTA telah mengumumkan bahawa lorong-lorong rentas wilayah di kedua-dua arah ditutup kerana satu insiden di jambatan itu, dan lalu lintas sedang dilencongkan.

Jurucakap polis daripada Jabatan Polis Baltimore menyatakan bahawa orang ramai mungkin berada di dalam sungai.

Dalam satu kenyataan, seorang detektif mengesahkan pada 1.35 pagi waktu tempatan, iaitu 1.35 petang waktu Singapura, polis Baltimore City dimaklumkan mengenai jambatan yang sebahagiannya runtuh, dengan para pekerja mungkin berada di dalam air, di Jambatan Francis Scott Key.

Laman pemantauan kapal MarineTraffic menunjukkan, sebuah kapal kontena Dali, yang berdaftar di Singapura, berhenti di bawah jambatan itu pada awal Selasa. Pemilik kapal berkenaan yang berdaftar ialah Grace Ocean Pte Ltd dan pengurusnya adalah Synergy Marine Group, menurut data LSEG.

Synergy Marine Corp menyatakan bahawa sebuah kapal kontena yang berpangkalan di Singapura "Dali" berlanggar dengan salah satu daripada tiang jambatan tersebut. Semua anak kapalnya, termasuk kedua-dua malim kapalnya, telah diambil kira dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Mediacorp tidak dapat segera menghubungi Grace Ocean untuk mengulas tetapi sudahpun menghubungi Penguasa Pelabuhan Maritim dan Synergy Marine bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Gambar fail kapal kontena Dali yang berpangkalan di Singapura. (Gambar: MarineTraffic/Buggi Porschien)
Gambar: AFP/Getty Images North America/Mark Wilson
Masih tidak jelas sama ada operasi pelabuhan Baltimore terjejas disebabkan runtuhan jambatan tersebut.

Datuk Bandar Baltimore dan Eksekutif Wilayah Baltimore kedua-duanya berkata mereka sedia maklum tentang kejadian itu dan usaha menyelamat sedang dijalankan.
Sumber : AGENCIES/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan