Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jam tangan Swatch dirampas Kementerian Dalam Negeri M'sia tertera huruf ‘LGBTQ'

Anggaran Waktu Membaca:
Jam tangan Swatch dirampas Kementerian Dalam Negeri M'sia tertera huruf ‘LGBTQ'

(Gambar: Swatch)

Diterbitkan : 29 May 2023 05:52PM Dikemas Kini : 29 May 2023 07:22PM
PETALING JAYA: Jam tangan Swatch yang dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal bulan ini tertera huruf “LGBTQ” di permukaan jarumnya, menurut sumber kementerian itu.

Sumber itu memberitahu agensi berita Free Malaysia Today (FMT), pihak berkuasa hanya merampas jam tangan yang mengandungi huruf berkenaan.

LGBTQ merujuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik.
“Kami merampas ratusan jam tangan dan semuanya mempunyai huruf ‘LGBTQ’ pada permukaan (jarum) jam.

“Kami tidak merampas jam tangan itu kerana ia mempunyai warna pelangi. Jika itu berlaku, kami perlu merampas aiskrim Paddle Pop,” kata sumber dalaman yang enggan dinamakan itu, dipetik daripada FMT.

Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung “Koleksi Pride” jenama itu.

Lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching diberikan amaran.

Serbuan itu dilaporkan berlaku selepas warganet mengaitkan koleksi itu dengan sokongan kumpulan rock British, Coldplay terhadap LGBT.

Jumaat lalu, Malay Mail memetik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek sebagai berkata, jam tangan dirampas KDN itu tidak mengandungi sebarang rujukan kepada LGBT.

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang menyatakan jam tangan itu dirampas kerana unsur LGBT, mendapat maklumat salah dan tiada rujukan mengenai LGBT dipaparkan pada permukaan jarum jam tangan itu.
 
KDN enggan memulangkan jam tangan yang dirampas dalam serbuan itu.

Encik Hayek dilaporkan berkata, syarikat itu akan mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan semula jam tangan “Pride Collection”.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan