Skip to main content

Dunia

Jalan utama Genting Highlands tidak terjejas susuli kejadian tanah runtuh

Anggaran Waktu Membaca:
Jalan utama Genting Highlands tidak terjejas susuli kejadian tanah runtuh

Gambar: Polis Bentong/Facebook

Diterbitkan : 19 Jan 2025 04:09PM Dikemas Kini : 19 Jan 2025 04:17PM
KUANTAN: Insiden tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen di Genting Highlands, Bentong pada Jumaat lalu yang masih ditutup pada orang ramai bagi kerja pembersihan, bukan laluan utama ke pusat peranginan Genting Highlands. 

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata akses ke peranginan tanah tinggi itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam dan tidak terjejas dengan kejadian tanah runtuh itu.

“Ramai yang keliru, ada yang tanya dalam media sosial, sama ada boleh ke taman tema Genting Highlands, GHPO (Genting Highlands Premium Outlets), atau First World Hotel. Sebenarnya, tidak ada masalah untuk ke sana kerana ia tidak melalui jalan tanah runtuh itu. 

“Laluan terlibat dengan tanah runtuh hanya jalan ke Amber Court atau hotel Ion Delemen sahaja, manakala jalan ke Skyworld, GHPO, dan lain-lain tidak terjejas,” katanya dalam kenyataan pada Ahad (19 Jan).

Encik Zaiham berkata proses pembersihan di laluan tanah runtuh tersebut, masih dijalankan dan turut membabitkan kerja pembinaan benteng serta pemasangan penutup tebing oleh pihak berwajib.

“Memandangkan sudah hampir tiga hari cuaca hujan dan lokasi berkabus tebal selepas 5.00 petang, agak berbahaya sekiranya ada kenderaan bergerak pada waktu berkenaan. Jadi buat masa ini, laluan itu saya arahkan tutup bermula 7.00 pagi hingga 7.00 malam. 

“Lokasi dikawal 24 jam oleh pihak berkuasa dan hanya dibenarkan keluar dari tempoh tersebut, sekiranya ada masalah kecemasan sahaja,” katanya. 

Pada Jumaat lalu, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada 2.47 pagi itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita