Skip to main content

Dunia

Jalan Bandar Rawang 2 ditutup sementara selepas tanda-tanda berlaku mendapan tanah

Anggaran Waktu Membaca:

RAWANG: Jalan Bandar Rawang 2 bersebelahan pejabat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Rawang ditutup sementara selepas menunjukkan tanda-tanda berlaku mendapan tanah, lapor Sinar Harian. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, langkah keselamatan itu diambil bagi membolehkan pemeriksaan dapat dijalankan agensi berkaitan.

Menurutnya, kejadian sama pernah dilaporkan berlaku awal tahun ini sebelum masalah seumpama itu dikesan berulang baru-baru ini.

"Kemungkinan di bawah jalan tersebut terdapat longkang besar yang strukturnya perlu melalui proses pembaikan.


"MPS telah menutup sementara jalan tersebut bagi tujuan siasatan sebelum tindakan lanjut dilakukan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin (2 Sept).

Beliau berkata, tempoh penutupan jalan itu bergantung keputusan pemeriksaan keselamatan di lokasi.
"Justeru pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif dan mematuhi arahan keselamatan ditetapkan sepanjang tempoh penutupan tersebut.

"Langkah yang diambil adalah demi menjaga keselamatan pengguna dan mengelak insiden tidak diingini berlaku, " katanya, menurut laporan Sinar Harian. 

Awal dari itu, polis Malaysia mengumumkan akan terus melaksanakan pemantauan dan rondaan secara berkala di lokasi kejadian insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di Kuala Lumpur, selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan dan memasuki fasa pencarian dan pemulihan pada Sabtu (31 Ogos).

Operasi mencari dan menyelamat SAR dihentikan selepas sembilan hari dimulakan, sejak hari pertama seorang wanita warga India G. Vijaya Lakshmi, 48 tahun, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus itu, 23 Ogos lepas, menurut laporan Sinar Harian. 

Sumber : Agensi berita/AA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita