Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jakim siasat dakwaan pelanggaran proses penyembelihan halal di Australia

Anggaran Waktu Membaca:
Jakim siasat dakwaan pelanggaran proses penyembelihan halal di Australia

Ketua Pengarah Jakim Hakimah Mohd Yusoff. (Gambar: BERNAMA)

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, kata Ketua Pengarahnya Hakimah Mohd Yusoff.

Cik Hakimah dalam kenyataan pada Selasa (10 Mei) berkata siasatan dilakukan Pegawai Atase Halal Jakim di Australia dan juga pihak berkuasa Australia iaitu Jabatan Pertanian, Air dan Sekitaran (DAWE).

Beliau berkata perbincangan antara Jakim dengan Kaunselor (Pertanian), Kedutaan Australia di Malaysia juga sudah diadakan pada 28 April lepas bagi memastikan hasil siasatan tersebut dapat diserahkan kepada kerajaan Malaysia secepat mungkin.

“Ingin ditegaskan bahawa Jakim sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat apa-apa kesalahan dan ketidakakuran yang melibatkan proses pensijilan dan pengiktirafan halal,” katanya.

Beliau berkata Jakim sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat sebarang dakwaan salah laku dalam perkara tersebut termasuk melibatkan pegawai Jakim sekiranya ada.

Cik Hakimah berkata Jakim juga bersedia pada bila-bila masa untuk bertemu dengan mana-mana pihak yang mempunyai bukti kukuh mengenai isu tersebut demi kepentingan semua pihak.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama dengan Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahabat 99, dilaporkan mendedahkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal oleh sebuah syarikat di Australia, yang mendapat kelulusan dari Badan Induk Halal Jakim.

Presiden Pekemas Faizan Mohd Nor ketika membuat pendedahan berhubung isu pelanggaran SOP penyembelihan halal di Australia dilaporkan berkata berdasarkan kepada bukti video dan gambar serta diperkukuhkan saksi yang merupakan pekerja sembelihan di TFI, pihaknya yakin bahawa terdapat unsur-unsur yang jelas pelanggaran protokol penyembelihan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan