Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

JAKIM sambut baik cadangan guna kod QR kesan daging tidak halal

JAKIM melalui Bahagian Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri menyambut baik cadangan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menggunakan sistem QR Code pada produk import di semua pintu masuk negara bagi mengesan daging tidak halal.

Anggaran Waktu Membaca:
JAKIM sambut baik cadangan guna kod QR kesan daging tidak halal

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 02 Jan 2021 07:08PM Dikemas Kini : 02 Jan 2021 07:14PM

KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyambut baik cadangan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menggunakan sistem QR Code pada produk import di semua pintu masuk negara bagi mengesan daging tidak halal.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata selama ini memang KPDNHEP yang mengawal selia soal kemasukan daging dari luar negara dan prosedur operasi standard (SOP) pengendaliannya berada di bawah kementerian terbabit.

Beliau berkata JAKIM hanya menyediakan kelulusan terhadap pensijilan halal, bagaimanapun akan menambah baik beberapa SOP yang kini dalam kerangka perbincangan.

"Sistem QR Code ini adalah sebahagian daripada penambahbaikkan SOP yang akan dibincangkan," katanya kepada para pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada 20 PASTI Parlimen Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Sabtu (2 Jan).

Sebelum ini, Timbalan Menteri KPDNHEP Rosol Wahid mencadangkan penggunaan sistem QR Code pada produk import bagi menangani ketirisan di pintu masuk negara dan mengelak masalah seperti kartel daging haram berulang.

Encik Rosol dilaporkan berkata, cadangan itu adalah bagi memudahkan pegawai terlibat mengesan daging atau mana-mana barangan import yang salah, masuk ke dalam negara seperti di lapangan terbang serta pelabuhan, dan menurutnya sistem itu akan dapat mengurangkan bebanan petugas di pintu masuk negara.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan