Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

JAKIM nafi keluarkan poster dengan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023; minta hormati proses

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JAKIM pada Selasa (4 Apr), pihaknya menasihatkan umat Islam di Malaysia supaya menghormati proses sebenar penentuan tarikh Hari Raya.

JAKIM menyatakan, tarikh Hari Raya hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja, lapor Astro AWANI.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai tangkap layar poster kalendar Islam yang memaparkan tarikh-tarikh penting hari keraian Islam pada tahun ini.

Tangkap layar turut memaparkan beberapa tarikh sambutan seperti Hari Israk Mikraj, Hari Nisfu Syaaban serta Aidilfitri yang dikatakan bakal disambut pada 21 April ini iaitu pada Jumaat.

Poster itu juga didapati memaparkan logo rasmi JAKIM dan nama laman rasmi media sosial JAKIM iaitu, MyJAKIM.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan