JAKIM kemuka aduan berhubung akaun Telegram bincang topik berbaur lucah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah kendalian seorang wanita.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, dalam kenyataan pada Isnin (22 Mei), memaklumkan perkara itu sedang dalam tindakan serta siasatan lanjut MCMC di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
“Berkenaan memanggil dan membuat pertemuan dengan wanita berkenaan, JAKIM telah berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandangkan pihak berkenaan menetap di negeri Terengganu."
“Pihak JAKIM juga telah dimaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh pihak JHEAT bagi membolehkan satu siasatan dilakukan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan mengenai seorang wanita yang didakwa menyebarkan fahaman menyimpang daripada syarak berkaitan perhubungan suami isteri dan menggunakan platform kumpulan Telegram untuk menyebarkan fahaman itu.
Antara fahaman yang dipromosikan oleh wanita itu ialah menyuruh suami merogol isteri dan isteri melayani suami umpama pelacur.
Selain itu, terdapat kiriman di dalam kumpulan Telegram tersebut yang menyuruh para suami menyakiti isteri jika enggan melayani mereka.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.