Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jakim gantung kelulusan penyembelihan halal syarikat Australia

Kelulusan penyembelihan yang diberikan kepada syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, Thomas Foods International Lobethal, digantung serta-merta sehingga suatu hasil siasatan menyeluruh diperolehi.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Jakim gantung kelulusan penyembelihan halal syarikat Australia

Ketua Pengarah Jakim Hakimah Mohd Yusoff. (Gambar: BERNAMA)

PUTRAJAYA: Kelulusan penyembelihan yang diberikan kepada syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, Thomas Foods International Lobethal, digantung serta-merta sehingga suatu hasil siasatan menyeluruh diperolehi.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Hakimah Mohd Yusoff berkata keputusan itu dibuat hasil sidang khas antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jakim dengan pihak berkuasa Australia iaitu ‘Department of Agriculture, Water and the Environment’ (DAWE) pada Jumaat (13 Mei).

“Jakim telah menjalankan siasatan ke atas loji penyembelihan berkenaan dan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkuasa Australia.

“Jakim juga telah mengatur pertemuan dengan Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat Malaysia (Pekemas) dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini (14 Mei) antara Jakim dengan JPV, berhubung dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia.

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), bersama Pekemas dan Sahabat 99, dilaporkan mendedahkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal oleh sebuah syarikat di Australia, yang mendapat kelulusan daripada Badan Induk Halal Jakim berdasarkan kepada bukti video, gambar serta diperkukuhkan saksi yang merupakan pekerja penyembelihan di syarikat tersebut.

Cik Hakimah berkata badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji penyembelihan, Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (Sichma), akan diberi surat tunjuk sebab.

Menurut beliau, Sichma juga berkemungkinan dibatalkan status sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf Jakim sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Beliau, yang menegaskan Jakim dan JPV memandang serius berhubung dakwaan itu, berkata prosedur pengiktirafan loji pemprosesan luar negara oleh kerajaan Malaysia perlu melalui suatu prosedur yang ketat dan terperinci sebelum melalui proses pembentangan serta penilaian sebanyak empat kali untuk diluluskan.

“Hal ini kerana proses pengiktirafan loji penyembelihan dan loji pemprosesan luar negara dijalankan pengauditan secara sistematik oleh pegawai terlatih JPV dan Jakim berdasarkan beberapa piawaian yang telah ditetapkan untuk kualiti dan keselamatan produk,” jelasnya lanjut.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan