JAKIM anjur solat hajat buat Palestin hingga akhir Ramadan
Sebagai tanda sokongan dan doa bagi saudara seagama di Palestin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan solat hajat setiap malam di tiga masjid utama di bawah seliaannya bermula Khamis (20 Mac) hingga akhir Ramadan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) anjurkan solat hajat sebagai tanda sokongan buat Palestin. (Gambar: Bernama)
Ketua Pengarah JAKIM, Dr Sirajuddin Suhaimee dalam kenyataan pada Khamis berkata masjid yang terlibat ialah Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Solat hajat akan diadakan setiap malam selepas solat Isyak.
Beliau turut mengatakan bahawa tindakan Israel melancarkan serangan udara di Carikan Gaza yang mengorbankan 404 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan 562 yang lain adalah satu pengkhianatan terhadap perjanjian gencatan senjata. Beliau juge menyifatkan tindakan tersebut sebagai kezaliman berterusan ke atas rakyat Palestin.
“Marilah bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT, tambahan pula keberadaan kita di bulan Ramadan yang mulia ini, agar diberikan keselamatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin yang terus dizalimi dan ditindas tanpa belas kasihan," kata beliau.
Pada Rabu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Malaysia mengutuk serangan terbaharu Israel ke atas Carikan Gaza. Lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) turut terkorban dalam satu serangan udara, Sabtu lepas.
Menyifatkan serangan itu sebagai satu perbuatan keji dan tidak dapat dipertahankan, Encik Anwar berkata Malaysia akan terus menyatakan bantahan kepada pimpinan dan komuniti antarabangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.