Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jakel anggar kerugian awal kebakaran gedung hampir RM100 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Jakel anggar kerugian awal kebakaran gedung hampir RM100 juta

(Gambar: Facebook/KPKT Malaysia)

SHAH ALAM: Syarikat tekstil terkemuka Malaysia, Jakel Group dianggarkan mengalami kerugian hampir RM100 juta (S$30 juta) kebakaran berlaku di salah sebuah cawangannya pada Ahad (1 Jan).

Pengarah Urusan syarikat itu, Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata jumlah itu hanya membabitkan nilai bangunan Shah Alam yang dikenali sebagai Wisma Jakel dan kerugian sebenar masih belum dapat dipastikan.

Kebakaran itu yang mengambil beberapa jam untuk dipadamkan memusnahkan sepenuhnya kedai tiga tingkat itu pada Ahad (1 Jan).

Gambar-gambar insiden yang dikongsikan oleh pihak berkuasa tempatan serta pengguna media sosial menunjukkan api yang marak serta asap tebal di kawasan yang berhampiran persimpangan lalu lintas yang sibuk.

Encik Mohamed Faroz berkata kebakaran dipercayai bermula saekitar pukul 7.00 pagi dan beliau dimaklumkan sekitar pukul 7.20 pagi oleh saudara lelakinya yang merupakan pengurus cawangan.

"Ini adalah kerugian yang besar buat syarikat namun kami terima takdir ini," kata beliau sambil menambah bahawa perolehan jualan tahunan dari cawangan Jakel Shah Alam adalah kira-kira RM300 juta (S$91 juta).

Encik Mohamed Faroz berkata, syarikat itu akan berusaha mencari lokasi sementara di sekitar Shah Alam tidak lama lagi bagi meneruskan perniagaannya sebelum ketibaan Ramadan dan Hari Raya Puasa tahun ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata litar pintas dipercayai menjadi punca kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
(Gambar: Facebook/KPKT Malaysia)
(Gambar: Facebook/KPKT Malaysia)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kemas kini menyatakan bahawa ia akan mengerahkan unit Pengesanan Anjing K9 pada Isnin (2 Jan) untuk menjalankan kerja forensik.

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata dua ekor anjing daripada unit itu akan dikerahkan ke tempat kejadian untuk menentukan sama ada terdapat unsur pembakaran atau bahan pemecut digunakan.

Laporan penuh kejadian itu dijangka siap dalam masa sebulan.

Beliau berkata bangunan Wisma Jakel hangus sepenuhnya dalam kebakaran itu.

Pada awalnya anggota bomba dapat mengawal kebakaran sebelum ia merebak ke seluruh bangunan yang digunakan sebagai kemudahan penyimpanan barangan.
Hampir 90 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian.

Encik Norazam Khamis berkata seorang daripada mereka dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan batu panas.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan