Skip to main content

Dunia

Jakarta tutup kelab malam, pusat hiburan sepanjang Ramadan

Beberapa premis hiburan dan kehidupan malam di ibu negara Indonesia akan ditutup sepanjang Ramadan di bawah arahan yang dikeluarkan oleh Pemerintah Wilayah Jakarta.
Anggaran Waktu Membaca:
Jakarta tutup kelab malam, pusat hiburan sepanjang Ramadan
Gambar ilustrasi kelab malam. (Gambar: Pixabay)
JAKARTA: Beberapa premis hiburan dan kehidupan malam di ibu negara Indonesia akan ditutup sepanjang Ramadan di bawah arahan yang dikeluarkan oleh Pemerintah Wilayah Jakarta.

Ketua Agensi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Jakarta Andhika Permata berkata premis terlibat termasuk kelab malam, disko, mandi wap, rumah urut, pusat hiburan dewasa dan bar, menurut Agensi Berita ANTARA pada Selasa (17 Feb).

Beliau berkata premis berkenaan dikehendaki ditutup bermula sehari sebelum bermulanya Ramadan sehingga hari kedua Aidilfitri.

Bagaimanapun, Encik Andhika berkata pengecualian diberikan kepada premis perniagaan yang beroperasi di hotel empat dan lima bintang serta kawasan komersial tertentu yang ditetapkan, dengan syarat ia tidak berhampiran kawasan perumahan, rumah ibadat, sekolah atau hospital.

Beliau berkata perniagaan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh itu dihadkan antara pukul 8.30 malam hingga 1.30 pagi waktu tempatan dan perlu melaksanakan proses 'closed bill' sejam sebelum tamat waktu operasi yang dibenarkan.

Menurut beliau, arahan itu dikeluarkan bagi menjaga ketenteraman awam dan memastikan suasana kondusif di ibu negara.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita