Jakarta terus di tangga kedua kota dengan mutu udara terburuk
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/BAY ISMOYO)
JAKARTA: Ibu kota Jakarta, Indonesia terus menduduki tangga kedua sebagai kota dengan mutu udara terburuk di dunia, pada Sabtu pagi (7 Okt).
Menukil laman pemantau mutu udara IQAir pada pukul 07.27 pagi, indeks mutu udara (AQI) di Jakarta berada di angka 174.
Angka itu menunjukkan mutu udara di Jakarta pada pagi ini masuk dalam kategori tidak sihat.
Kadar tersebut 19 kali nilai panduan mutu udara tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Cuaca di Jakarta pagi ini berkabut dengan suhu 27 darjah Celsius, kelembapan 80 peratus.
Laman IQAir juga menyarankan orang ramai agar menggunakan pelitup, menghidupkan penapis udara, menutup tingkap, dan mengelakkan kegiatan di luar.
Matlamatnya agar masyarakat dapat terhindar daripada udara luar yang kotor.
Mutu udara terburuk yang pertama adalah di New Delhi, India, dengan indeks 190.
Bandar ketiga dengan mutu udara terburuk di dunia adalah Lahore, Pakistan dengan indeks 170.

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.