Jakarta tahan 4 suspek dikaitkan dengan JI di Sumatera Selatan
Pasukan antipengganas polis Indonesia, (Densus 88) menahan empat suspek disyaki pengganas di Sumatera Selatan pada Isnin (13 Dis), lapor ANTARA.

(Gambar hiasan: Lee/Canva)
JAKARTA: Pasukan antipengganas polis Indonesia, (Densus 88) menahan empat suspek disyaki pengganas di Sumatera Selatan pada Isnin (13 Dis), lapor ANTARA.
"Benar telah ditangkap empat tersangka pengganas di Sumsel (Sumatera Selatan)," ujar Ketua Bidang Penerangan Umum Polis Indonesia, Ahmad Ramadhan ketika dihubungi ANTARA di Jakarta.
Suruhanjaya Kanan Supriadi, dalam satu sidang media semalam, berkata tiga suspek dengan inisial AI, FA dan EK ditangkap di wilayah Kota Palembang manakala seorang lagi, AH, ditahan di Lubuk Linggau.
Mereka dikaitkan dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) di Sumatera Selatan dan disyaki merancang untuk melakukan beberapa serangan ketika perayaan Krismas dan Tahun Baru.
Penangkapan keempat-empat individu itu hasil siasatan daripada penangkapan pengganas JI sebelumnya di Jakarta, menurut laporan ANTARA itu lagi.
Mereka langsung dibawa ke Jakarta untuk menjalani pemeriksaan lanjut pasukan Densus 88.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.