Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jakarta sasar 700 ribu petugas kesihatan terima suntikan ke-2 dos penggalak

Anggaran Waktu Membaca:
Jakarta sasar 700 ribu petugas kesihatan terima suntikan ke-2 dos penggalak

(Gambar: Bay Ismoyo/AFP)

Diterbitkan : 03 Aug 2022 06:40PM Dikemas Kini : 03 Aug 2022 06:40PM

JAKARTA: Ketua Pejabat Kesihatan Jakarta, Cik Widyastuti, mendedahkan bahawa sekitar 700 ribu petugas kesihatan disasarkan untuk menerima suntikan kedua dos penggalak COVID-19 pada Ogos ini.

"Kami berharap dapat mencapai matlamat memberikan suntikan kedua dos penggalak pada bulan ini," kata Cik Widyastuti kepada wartawan di Rumah Sakit Umum Daerah Cengkareng (RSUD) pada Rabu (3 Ogos). 

Ketua pejabat itu menekankan pentingnya mencapai sasaran tersebut untuk memastikan semua petugas jagaan kesihatan sudah disuntik, supaya dapat berkhidmat kepada penduduk Jakarta, lapor ANTARA. 

Cik Widyastuti turut menarik perhatian bahawa fasa kedua program vaksinasi dos penggalak di Jakarta sejajar dengan arahan Kementerian Kesihatan. 

Beliau menjelaskan bahawa sewaktu proses tersebut, petugas jagaan kesihatan akan menerima tiket untuk disuntik dos penggalak kedua di kemudahan-kemudahan kesihatan sedia ada. 

Jika mereka belum menerima tiket tersebut, mereka boleh menerima suntikan kedua dos penggalak itu menerusi pendaftaran data secara manual. 

Namun, Cik Widyastuti belum mengesahkan jumlah petugas jagaan kesiahtan yang sudah menerima suntikan kedua dos penggalak. 

Beberapa pejabat kesihatan di Jakarta sudahpun mengagihkan vaksin dos penggalak kedua itu kepada kemudahan-kemudahan kesihatan. 

Pejabat Kesihatan Jakarta Timur adalah satu daripada kawasan bandar yang sudah mengagihkan dos tersebut. 

"Di Jakarta Timur sahaja, terdapat sekitar 3,000 pekerja jagaan kesihatan. Kami berharap dapat memenuhi keperluan dos penggalak pada masa terdekat," kata Ketua Jabatan Kesihatan Jakarta Timur, Cik Nikensari, pada Selasa (2 Ogos). 

Cik Nikensari berkata, pekerja jagaan kesihatan yang boleh mendapatkan suntikan kedua dos penggalak akan menerima tiket di aplikasi PeduliLindungi. 

Jenis vaksin yang digunakan akan berdasarkan dos yang diterima sebelum ini dan bergantung pada ketersediaan dos yang diagihkan oleh pemerintah pusat, jelasnya. 

"Jenis vaksin, silang antara dos, tidak akan berbeza daripada vaksinasi COVID-19 sebelum ini. Kami sudah memasuki fasa dos penggalak kedua, justeru tidak banyak yang berubah," ujar Cik Nikensari. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa