Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: BAY ISMOYO / AFP
JAKARTA: Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024 dan mengingatkan orang ramai supaya segera melengkapkan vaksinasi mereka di perkhidmatan kesihatan terdekat sementara masih ditawarkan secara percuma, lapor agensi berita ANTARA.
"Mulai 1 Jan 2024, orang ramai wajib membayar untuk vaksin COVID-19," menurut Ketua Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta Ani Ruspitawati pada Khamis (28 Dis).
Beliau berkata vaksin COVID-19 berbayar itu melibatkan semua dos vaksin.
Bagaimanapun, warga emas dan golongan-golongan yang mudah terjejas masih diberikan vaksin COVID-19 secara percuma.
Cik Ruspitawati masih belum memperincikan kos yang akan dikenakan bagi setiap dos vaksin kerana masih menunggu mekanisme perkhidmatan dan teknikal daripada Kementerian Kesihatan.
"Mungkin orang ramai dikenakan bayaran biasa seperti vaksin berbayar lain. Bagaimanapun, kita masih perlu menunggu keputusan kementerian," katanya.
Sehingga hujung 2023, beliau mengesahkan bahawa semua vaksin COVID-19 masih percuma dan boleh didapatkan di semua pusat kesihatan daerah kecil di Jakarta.
Pemerintah wilayah DKI Jakarta turut mengingatkan orang ramai supaya melengkapkan vaksinasi COVID-19, memakai pelitup dan menjaga kesihatan bagi mencegah penularan virus tersebut sempena cuti Tahun Baharu.
Selain itu, Kementerian Kesihatan juga menggesa orang ramai supaya terus memakai pelitup dan mengamalkan amalan hidup bersih dan sihat bagi mengelak lonjakan kes COVID-19, terutama dalam kalangan warga emas dan individu yang tidak divaksin.
Sebelum ini, Presiden Joko Widodo mengingatkan orang ramai bahawa rawatan pesakit COVID-19 tidak lagi dilindungi oleh pemerintah memandangkan status sudah bertukar daripada pandemik kepada endemik.
"Jika anda dijangkiti COVID-19 semasa endemik, anda mesti membayar untuk mendapat rawatan," katanya di Bogor, Jawa Barat pada Jun.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.