Jakarta kembali tenang susuli rusuhan
Mahasiswa Indonesia meluahkan keprihatinan mereka semasa menunjuk perasaan. (Gambar: Reuters)
JAKARTA: Gabenor Jakarta, Pramono Anung mengesahkan keadaan di ibu kota itu kini kembali stabil selepas dua minggu dilanda demonstrasi besar-besaran.
Beliau menegaskan masyarakat boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa tanpa sebarang halangan, menurut laporan Astro Awani.
Kenyataan itu disampaikan Encik Pramono selepas menghadiri acara Jakarta Bersholawat sempena Maulidur Rasul dan doa kebangsaan anjuran Majelis Nurul Musthofa di kawasan Monumen Nasional (Monas), Jakarta Pusat pada Sabtu (6 Sep), seperti dilapor Astro Awani.
Menurut Encik Pramono, acara keagamaan seperti Jakarta Bersholawat menjadi momentum penting untuk memperkuat jiwa masyarakat dan mempererat kebersamaan warga Jakarta.
Beliau turut berkata Monas kini terbuka kepada semua bentuk kegiatan keagamaan merentasi pelbagai agama, seperti dilapor Astro Awani.
Komitmen tersebut, katanya, turut dipersetujui bersama Timbalan Gabenor Jakarta, Rano Karno, sebagai usaha memperkukuh ruang kebersamaan dan toleransi di ibu kota.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.