Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jakarta gesa orang ramai berjaga-jaga sedang kes COVID-19 meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Agensi Kesihatan Jakarta memberi amaran bahawa jumlah kes COVID-19 akan terus melonjak dalam beberapa hari akan datang selepas varian Arcturus melanda negara itu.

Indonesia melaporkan 10 kes yang disahkan sebagai varian Arcturus sejak ia dikesan buat pertama kali pada 23 Mac. Kesemua 10 kes dikesan di Jakarta.

Arcturus, atau XBB.1.16 adalah subvarian virus Omicron, di mana menurut kajian oleh Universiti Tokyo, menular dengan kadar 1.17 hingga 1.27 kali lebih berkesan berbanding varian XBB.1 dan XBB.1.5.

Varian itu, serta pergerakan yang meningkat ketika perayaan Aidilfitri, dipertanggunjawabkan atas lonjakan kes COVID-19 di negara itu.

Sejak beberapa minggu lalu, Indonesia mencatat lebih 1,000 kes baru setiap hari, membawa keseluruhan kes kepada 6.7 juta sejak pandemik itu melanda negara tersebut pada 2020.

"Trend jumlah kes masih meningkat. Ia dijangka memuncak minggu hadapan," Ketua Jabatan Epidemiologi dan Kawalan Imunisasi Agensi Kesihatan Jakarta, Ngabila Salama, berkata dalam satu kenyataan pada Isnin (1 Mei).

Beliau menambah bahawa jumlah kes harian COVID-19 mungkin mencapai lebih 4,000 kes menjelang minggu hadapan.

Menurut data pemerintah, di peringkat negara, terdapat sekitar 10,000 orang yang mengambil ujian COVID-19 setiap hari sejak seminggu lalu. Daripada jumlah itu, 10 peratus disahkan positif menghidapi virus tersebut.

Pegawai agensi kesihatan tersebut menyatakan bahawa lonjakan pada jumlah kes COVID-19 menjejas kadar penggunaan katil hospital di ibu kota negara itu, yang berjumlah 16 peratus. Jumlah tersebut dua kali ganda berbanding pada awal April.

Dr Salama menggesa para penduduk supaya mengambil suntikan keempat vaksin COVID-19.

Beliau juga menarik perhatian bahawa tidak satu pun daripada 16 pesakit yang meninggal dunia di Jakarta sepanjang tujuh hari lalu mengambil suntikan keempat.

"Malah, 10 daripada mereka langsung tidak menerima vaksin COVID-19," katanya.

Dr Salama berkata bahawa keadaan COVID-19 di Indonesia masih terkawal dan menggesa orang ramai supaya bertenang.

Sunnguhpun demikian, Dr Salama memberi amaran bahawa semua orang harus berjaga-jaga.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan