Skip to main content

Dunia

Jakarta dilanda banjir dahsyat

Anggaran Waktu Membaca:
Jakarta dilanda banjir dahsyat

(Gambar: AFP/Aditya Irawan)

Diterbitkan : 08 Mar 2025 02:00PM Dikemas Kini : 08 Mar 2025 02:01PM
JAKARTA: Beribu-ribu penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah selepas banjir dahsyat melumpuhkan kawasan metropolitan Jakarta iaitu Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi (Jabodetabek) sejak awal minggu lalu.

Limpahan Sungai Bekasi setinggi lebih tiga meter di Jawa Barat telah menenggelamkan seluruh kawasan Kota Bekasi, menjejaskan aktiviti harian di bandar satelit Jakarta yang mempunyai kira-kira 11.35 juta penduduk.

Tiga orang dilaporkan maut di bandar sekitarnya.

Banjir tersebut disebabkan oleh limpahan Sungai Ciliwung dan Cisadane yang berasal dari Puncak Cisarua di Bogor.

Banjir luar biasa yang bermula pada Isnin (3 Mac) dijangka berterusan hingga Selasa ini (11 Mac).

Pihak berkuasa Indonesia sudah pun mengambil langkah pencegahan untuk mengelak kesan lebih teruk akibat bencana itu, iaitu dengan melaksanakan kaedah pembenihan awam dengan melepaskan garam atau bahan kimia lain bagi mengehadkan penurunan hujan di kawasan terjejas.

Operasi itu akan dijalankan sehingga Sabtu (8 Mac) dan ia tertumpu pada kawasan pergunungan di wilayah Jawa Barat di mana curahan hujan sering turun di ibu kota Indonesia.

"Kita tidak boleh menghalang hujan, namun kita akan cuba mengurangkan intensitinya," kata Ketua Agensi Cuaca Indonesia, Dwikorita Karnawati.
Sumber : Agensi berita/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita