Jakarta diancam banjir; pihak berkuasa tingkat usaha hadapi bencana
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Ibu kota Indonesia sedang siap siaga bagi menghadapi cuaca buruk dan bencana lain, di tengah-tengah amaran peningkatan risiko hujan lebat dan angin kencang.
Menurut ramalan kaji cuaca yang dikeluarkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Jakarta dijangka mengalami hujan lebat dan angin kencang sehingga Isnin (22 Dis).
Sejak beberapa hari lalu, angin berkelajuan sehingga 55 kilometer sejam (km/j), yang melebihi purata biasa 30km/j, direkodkan, lapor Sinar Harian.
"Cuaca ekstrem ketika kemuncak musim hujan itu dijangka berterusan hingga Januari depan. Taufan tropika dan dua benih taufan yang dikesan di tiga lokasi berasingan turut menyumbang kepada keadaan itu," dedah BMKG.
Sementara itu, Naib Gabenor Jakarta, Rano Karno berkata, bandar tersebut perlu menggiatkan usaha mitigasi terutamanya ketika musim perayaan pada akhir tahun.
Jakarta terdedah kepada banjir kerana kedudukannya di kawasan berdataran rendah yang merupakan lembangan hilir bagi beberapa sungai.
Untuk mengurangkan potensi banjir, pihak berkuasa sudah menyediakan 590 pam air mudah alih.
Selain itu, pihak berkuasa juga mengenal pasti 12 daerah di ibu kota termasuk Cilandak, Pasar Minggu, Kebayoran Baru dan Cipayung yang berpotensi berlaku kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.