Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

JAIM akan keluarkan notis jika bawa rokok sebelum 2.00 petang

Anggaran Waktu Membaca:
JAIM akan keluarkan notis jika bawa rokok sebelum 2.00 petang

Gambar: Agensi berita/ Malaysia Gazette

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bercadang mengeluarkan notis kepada umat Islam yang didapati membawa rokok sebelum jam 2.00 petang.

Pengarah JAIM, Che Sukri Che Mat berkata notis berkenaan bagaimanapun bukanlah kompaun atau denda, sebaliknya pendekatan berhemah mengekang perbuatan yang menjurus ke arah ponteng puasa, lapor Malaysia Gazette.

“Lepas ini, kita akan buat pendekatan penguat kuasa operasi kita akan bagi notis untuk dia (pelaku) berikan notis untuk datang ke pejabat.

“Kita bukan nak saman dia, datang ke pejabat untuk kita beri pendekatan berhemah secara nasihat ini supaya ia tidak berulang lagi.

“Mungkin juga kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk melaksanakan tindakan ini,” katanya seperti dinukil oleh Malaysia Gazette.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai operasi Operas Plastik Hitam Bersendawa hari ini (3 April).

Operasi hampir dua jam itu disertai 10 anggota penguatkuasa JAIM itu diketuai Che Sukri bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka, Akmal Nadzim Abdullah.

Mengulas lanjut, Che Sukri berkata pendekatan itu menyusuli pemeriksaan hari ini mendapati ramai individu diperiksa membawa rokok bersama walaupun mendakwa berpuasa dan tidak merokok ketika diperiksa, lapor Malaysia Gazette.

“Bagaimanapun, tindakan mereka membawa rokok dan pemetik api sebelum jam 2.00 petang boleh menimbulkan syak dan wajar dielakkan,” katanya.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan