Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jaga kesucian Masjidil Haram, Masjid Nabawi; jangan terlalu sibuk ambil gambar, seru Kementerian Haji dan Umrah Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Jaga kesucian Masjidil Haram, Masjid Nabawi;  jangan terlalu sibuk ambil gambar, seru Kementerian Haji dan Umrah Saudi

(Gambar: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi)

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyeru semua pengunjung ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi agar menghormati kesucian dua masjid di Makkah dan Madinah itu dan menjaga akhlak semasa mengambil gambar. 

Para pengunjung ke tempat suci bagi umat Islam itu tidak sepatutnya sibuk mengambil gambar, tetapi memberi tumpuan kepada ibadah, menurut kementerian tersebut, seperti dilaporkan Saudi Gazette. 

Kementerian itu turut menggesa, para pengunjung supaya tidak merakam jemaah lain tanpa kebenaran mereka semasa mengambil gambar. 

Tambahnya, para pengunjung harus elak berhenti untuk mengambil gambar dan menyebabkan kesesakan. 

Kementerian itu menarik perhatian, Pejabat Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci menganjurkan lawatan ke lapangan untuk memastikan  khidmat yang disediakan untuk pengunjung berjalan dengan teratur. 

Khidmat itu termasuk Iktikaf, unit bagi ehwal berpuasa, selain jabatan khidmat memudahkan pergerakan di Masjidil Haram.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan