Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jaga adab ketika berkempen, kata Menteri Kewangan M'sia

Jentera parti politik perlu menghormati peraturan pilihan raya dan menjaga adab dan tatasusila ketika menjalankan aktiviti berkempen secara bersih dan profesional.

Anggaran Waktu Membaca:
Jaga adab ketika berkempen, kata Menteri Kewangan M'sia

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 25 Jan 2019 12:18PM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 12:20PM

LIPIS: Jentera parti politik perlu menghormati peraturan pilihan raya dan menjaga adab dan tatasusila ketika menjalankan aktiviti berkempen secara bersih dan profesional.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata adab seharusnya diutamakan bukan sahaja oleh setiap calon, ahli politik tetapi juga penyokong parti yang bertanding.

“Saya harap bahawa percubaan untuk mengganggu proses meraih undi ini tidak akan diulangi. Ini yang saya sebut jagalah adab kita. Harap kita jagalah adab,” katanya selepas ceramah perdana  Pakatan Harapan (PH) di Felda Sungai Koyan 1, tengah malam tadi (24 Jan).

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penasihat DAP, yang juga ayahnya, Encik Lim Kit Siang disindir oleh beberapa lelaki semasa berkempen di sebuah restoran di hotel dekat Brinchang, Cameron Highlands.

Menurut Encik Lim, meskipun beliau akui, pihaknya ada mengkritik bekas perdana menteri, Encik Najib Razak namun, tidak sekalipun pihaknya bertindak kasar ketika Anggota Parlimen Pekan itu hadir berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands itu.

Katanya, para pemimpin yang hadir berhak diberikan ruang untuk mengeluarkan hujah masing-masing dan masyarakat berhak untuk membuat pilihan dan keputusan. 

Justeru, beliau amat berharap supaya amalan sihat ketika pilihan raya dapat diteruskan dan tindakan agresif dapat dikekang pada masa depan.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands Sabtu ini menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu antara calon PH dari DAP, Encik M.Manogaran, BN diwakili Encik Ramli Mohd Noor dan dua calon Bebas iaitu Encik Wong Seng Yee dan Encik Sallehudin Ab Talib.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan