Skip to main content

Dunia

Jadual lawat Raudah di Madinah sepanjang Ramadan diumumkan

Anggaran Waktu Membaca:
Jadual lawat Raudah di Madinah sepanjang Ramadan diumumkan

Jemaah di luar Masjid Nabawi pada 24 Januari 2004. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Feb 2026 06:15PM Dikemas Kini : 20 Feb 2026 06:16PM
  • Penguasa Am Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan jadual lawatan Al-Raudah Al-Sharifah sepanjang Ramadan di Madinah.
  • Jadual lawatan berbeza untuk lelaki dan wanita, dengan waktu tertentu bagi 20 hari pertama dan 10 hari terakhir Ramadan.
  • Lawatan mesti ditempah lebih awal melalui aplikasi Nusuk untuk memastikan kelancaran dan ketenangan pengalaman jemaah.
  • Al-Raudah Al-Sharifah dianggap sangat penting secara rohani, menarik jutaan umat Islam setiap tahun untuk bersolat di sana.
Dijana oleh AI
MADINAH: Penguasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan jadual waktu melawat Al-Raudah Al-Sharifah di Masjid Nabawi sepanjang bulan Ramadan.

Untuk 20 hari pertama Ramadan (waktu Arab Saudi), menurut laporan Saudi Gazette:

Lelaki: Boleh melawat dari pukul 11.20 pagi hingga 8.00 malam dan dari pukul 2.00 pagi hingga 5.00 pagi.

Wanita: Waktu melawat bagi tempoh ini adalah dari pukul 11.00 malam hingga 1.40 pagi dan dari pukul 6.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Untuk 10 hari terakhir bulan suci ini, jadual akan diubah (waktu Arab Saudi), menurut laporan Saudi Gazette:

Lelaki: Akan mempunyai tiga sesi lawatan - dari pukul 11.20 pagi hingga 8.00 malam, dari pukul 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam, dan dari pukul 2.00 pagi hingga 5.00 pagi.

Wanita: Diperuntukkan satu slot pagi sahaja dari pukul 6.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Walaupun saiznya sederhana iaitu kira-kira 330 meter persegi di dalam Masjid Nabawi, tapak itu mempunyai kepentingan rohani yang sangat mendalam.

Ia digambarkan sebagai "sebuah taman daripada taman-taman Syurga," dan berjuta-juta umat Islam berusaha untuk bersolat di sana setiap tahun.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa lawatan mesti ditempah lebih awal melalui aplikasi Nusuk bagi memastikan pengalaman yang lancar, teratur, dan tenang bagi para jemaah.
Sumber : Agensi berita/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita