Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jadikan kipas sebagai makmum jelas hina, persenda agama, kata Mufti M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Jadikan kipas sebagai makmum jelas hina, persenda agama, kata Mufti M'sia

Gambar hiasan. (Gambar: Facebook/Amrin Amin)

GEORGE TOWN: Tindakan beberapa pihak terutama golongan muda yang menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat seperti dalam video tular menunjukkan mereka jahil dalam agama Islam.

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor berkata perbuatan mereka itu jelas menunjukkan sengaja mempersendakan dan tidak menghormati  agama Islam.

"Pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya, saya harap pihak berkuasa segera menyiasat dan bertindak selaras dengan hasil siasatan.

"Jika pelaku didapati sengaja mempersendakan agama atau ibadah maka dia perlu diadili di mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang-undang sedia ada," katanya dalam kenyataan semalam (29 Mei). 

Beliau berkata sebenarnya perbuatan itu juga satu penghinaan terhadap agama dan mempersendakan Islam jelas berdosa besar serta boleh merosakkan akidah seseorang.

Ustaz Wan Salim berkata jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat.

"Masyarakat perlu sedar bahawa perbuatan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah keimanan seorang Muslim," kata beliau. 

Pada Sabtu (28 Mei), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dilaporkan meminta orang ramai melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.

Ia menyusuli video tular baru-baru ini, khususnya di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan individu berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan