AS jadi tuan rumah APEC 2023, Peru pada 2024
(Gambar: Bernama)
BANGKOK:Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tuan rumah forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023, umum Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis (10 Feb).
“Saya berbesar hati untuk mengumumkan AS akan menjadi tuan rumah APEC pada 2023 dan Peru akan menjadi tuan rumah APEC pada 2024.
“Bersama-sama, kita akan memenuhi matlamat bersama iaitu komuniti Asia-Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan aman untuk semua rakyat dan generasi akan datang,” katanya.
Thailand merupakan pengerusi APEC tahun ini.
Sementara itu, PM Prayuth berkata beliau menanti untuk menyambut Pemimpin APEC ke Thailand pada November untuk mereka menetapkan matlamat rantau itu.
Beliau berkata penganjuran forum APEC di Thailand dilihat tepat pada masanya kerana rantau itu menyasarkan pemulihan yang inklusif dan mampan sebagai tindak balas kepada pandemik COVID-19.
Minggu depan, perwakilan APEC akan memulakan set pertama mesyuarat mereka untuk melancarkan agenda tahun ini, dan memajukan tugas APEC untuk melaksanakan Pelan Tindakan Aotearoa yang dipersetujui tahun lepas bagi mencapai Wawasan Putrajaya 2040.
Beliau berkata Wawasan Putrajaya 2040 akan jadi panduan bagi tindakan APEC untuk 20 tahun akan datang.
“Tugas APEC adalah usaha jangka panjang yang memerlukan usaha berterusan dan diselaraskan. Menerusi komitmen ahli Asia-Pasifik," katanya sambil menambah bahawa tema APEC 2022 adalah "Terbuka. Terhubung. Seimbang."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.