Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jacinda Ardern gulung ucapan di parlimen New Zealand

Anggaran Waktu Membaca:
WELLINGTON: Mantan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menggulung tugasnya di parlimen pada Rabu (5 Apr).

Ini menandakan tamatnya kerjaya Cik Ardern yang memimpin dengan sikap empati ketika berlakunya krisis, walaupun beliau berdepan penderaan online.

Cik Ardern, 42 tahun, yang pernah menjadi pemimpin wanita paling muda di dunia, berkata dalam ucapan terakhirnya kepada parlimen bahawa beliau tidak pernah menyangka akan memegang jawatan tertinggi negara itu.

Beliau meneraju New Zealand melalui beberapa bencana alam, pandemik COVID-19 dan serangan masjid Christchurch pada 2019, di mana seorang pengganas bersenjata berkulit putih membunuh 51 orang Islam.

"Kisah-kisah dan fasa itu akan kekal di minda saya dan berkemungkinan kekal selamanya. Itulah tanggungjawab dan keistimewaan peranan seorang perdana menteri."

Cik Ardern mendedikasikan sebahagian besar ucapannya kepada perubahan iklim, dan menggesa ahli politik negara itu supaya bekerjasama.

"Perubahan iklim adalah satu krisis. Ia sudah berlaku," katanya.

"Lantaran itu, antara perkara yang akan saya minta daripada dewan ini sejurus pemergian saya adalah jangan libatkan politik dalam isu perubahan iklim."

Sekarang, Cik Ardern akan menumpukan perhatiannya kepada usaha membanteras ekstremisme online.

Ini sebahagian daripada projek 'Christchurch Call' yang ditubuhkan oleh beliau sebagai perdana menteri, sejurus berlakunya serangan di masjid Christchurch.
Perdana Menteri Perancis Emmanuel Macron yang menyertai Sidang Puncak pertama 'Christchurch Call' berkata bahawa beliau yakin akan melihat Cik Ardern meneruskan perjuangan "menentang pengganas dan kandungan pelampau ganas online.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan