Skip to main content

Dunia

Jabatan Perubatan Forensik Malaysia bedah siasat 2 mangsa, suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Proses bedah siasat membabitkan mayat dua anggota polis dan seorang suspek yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi sedang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Jumaat (17 Mei).

Ketiga-tiga mayat berkenaan tiba di hospital berkenaan kira-kira pukul 9.00 pagi.

Tinjauan Bernama mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik dan HSI dikawal ketat anggota polis.

Turut kelihatan beberapa waris mangsa.

Sementara itu, seorang lagi anggota yang cedera dalam kejadian berkenaan dihantar ke HSI untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi tadi, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita