Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar sahkan harimau dikesan di Terengganu

Kemunculan seekor harimau yang dirakam melalui dua video yang tular di laman sosial sejak tengah hari Khamis (18 Jul) disahkan berlaku di Dungun, Terengganu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar sahkan harimau dikesan di Terengganu

Gambar fail seekor harimau. (Gambar: MYCAT)

Diterbitkan : 19 Jul 2019 07:39AM Dikemas Kini : 19 Jul 2019 07:41AM

KUALA TERENGGANU: Kemunculan seekor harimau yang dirakam melalui dua video yang tular di laman sosial sejak tengah hari Khamis (18 Jul) disahkan berlaku di Dungun, Terengganu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof, berkata pihaknya sudah menerima laporan rasmi berhubung kemunculan harimau itu pada pukul 11.30 semalam (18 Jul).

"Kakitangan Perhilitan telah pun ke lokasi tersebut dan proses menangkap harimau itu sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi agensi berita Bernama.

Dua video yang masing-masing satu minit 25 saat dan 11 saat itu menjadi tular di Facebook apabila kelibat 'Pak Belang' itu dirakam berada di tengah-tengah jalan raya di Hulu Dungun.

Dr Abdul Malek berkata pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemunculan harimau tersebut dan berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar.

Pada Februari 2016, Malaysia digemparkan dengan satu kemalangan yang melibatkan seekor harimau belang di kilometer 321.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kemaman.

Dalam kemalangan itu, harimau tersebut mati selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

Pada November 2018 pula, seekor harimau kumbang mati selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 356, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berhampiran Dungun, Terengganu. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan