Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Perikanan Pahang lancar inisiatif promosi ikan air tawar

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Perikanan Pahang lancar inisiatif promosi ikan air tawar

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 26 May 2022 09:47AM Dikemas Kini : 26 May 2022 09:48AM
KUANTAN: Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan bagi mempromosikan ikan air tawar kepada masyarakat Malaysia, termasuk menghasilkan makanan sejuk beku berasaskan sumber protein itu, kata Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Abdullah Jaafar.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kumpulan penternak ikan air tawar sudah dihantar untuk menjalani kursus dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

"Kami sudah berkerjasama dengan agensi itu untuk menghasilkan produk nilai tambah misalnya nugget dan burger patin. Kumpulan pertama terdiri daripada 20 penternak sudah menghadiri kursus berkenaan pada November lepas," katanya di Kuantan pada Rabu (25 Mei).
 
Beliau ditemui semasa Program Jelajah Perikanan Jom Makan Ikan Air Tawar dan Kempen Larangan Pelepasan Spesies Ikan Asing ke Perairan Umum Peringkat Negeri Pahang. Acara itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Mohd Soffi Abd Razak.

Menurut Encik Abdullah, ketika ini, terdapat kira-kira 1,900 pengusaha ternakan ikan air tawar di Pahang.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan