Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran hidupan laut berbahaya di Mersing
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
MERSING: Jabatan Perikanan Johor mengeluarkan amaran mengenai kehadiran sejenis hidupan laut gastropoda berbahaya yang dikenal pasti sebagai Petropoda (Creseis Acicula) khususnya di perairan daerah itu.
Jabatan tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan kehadiran Petropoda yang berasal dari perairan tropika dan subtropika dikesan pasukan penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang di kepulauan itu, pada 11 Jun lalu.
“Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air ‘ballast’ perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
“Moluska (haiwan berbadan lembut tidak bertulang) ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik,” tulisnya dalam catatan di laman Facebook pada Khamis (4 Jul) lalu.
Menurut kenyataan itu, kesan berkenaan mempunyai kaitan dengan tindak balas hipersensitif pada bahagian kulit manusia dan perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya terkena sengatan.
“Kita akan memantau kehadiran Petropoda sehingga situasi selamat dan pada masa sama ingin menasihati orang ramai agar menjauhi aktiviti berkaitan air, ketika ini,” tambahnya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.