Jabatan Perbendaharaan Amerika jadi sasaran penggodam China
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP
- Jabatan Perbendaharaan Amerika mendakwa, seorang penggodam yang ditaja China telah mencerobohi komputer jabatan tersebut pada awal bulan ini.
- Insiden berkenaan berlaku awal bulan ini apabila para penggodam mengambil kesempatan daripada penyedia khidmat keselamatan siber pihak ketiga untuk mengakses komputer Jabatan Perbendaharaan secara online dan sejumlah dokumen yang tidak diklasifikasikan, tambah jurucakap jabatan tersebut.
- Jabatan Perbendaharaan telah menghubungi agensi keselamatan siber dan keselamatan infrastuktur selepas ia dimaklumkan tentang situasi tersebut oleh penyedia khidmatnya BeyondTrust, dan telah bekerjasama dengan rakan-rakan penguatkuasaan undang-undang untuk mengesahkan kesan insiden tersebut.
- Dalam suratnya kepada kepimpinan Jawatankuasa Perbankan Senat, Jabatan Perbendaharaan menyatakan: "Berdasarkan petunjuk yang ada, insiden itu dikaitkan dengan pelaku ancaman berterusan canggih (APT) yang ditaja oleh China."
WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika mendakwa, seorang penggodam yang ditaja China telah mencerobohi komputer jabatan tersebut pada awal bulan ini.
Insiden berkenaan berlaku awal bulan ini apabila para penggodam mengambil kesempatan daripada penyedia khidmat keselamatan siber pihak ketiga untuk mengakses komputer Jabatan Perbendaharaan secara online dan sejumlah dokumen yang tidak diklasifikasikan, tambah jurucakap jabatan tersebut.
Jabatan Perbendaharaan telah menghubungi agensi keselamatan siber dan keselamatan infrastuktur selepas ia dimaklumkan tentang situasi tersebut oleh penyedia khidmatnya BeyondTrust, dan telah bekerjasama dengan rakan-rakan penguatkuasaan undang-undang untuk mengesahkan kesan insiden tersebut.
Khidmat online BeyondTrust telah dihentikan dan tiada bukti menunjukkan para penggodam masih ada akses kepada sistem atau maklumat Jabatan Perbendaharaan.
Dalam suratnya kepada kepimpinan Jawatankuasa Perbankan Senat, Jabatan Perbendaharaan menyatakan: "Berdasarkan petunjuk yang ada, insiden itu dikaitkan dengan pelaku ancaman berterusan canggih (APT) yang ditaja oleh China."
Jabatan itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai apa yang terjejas akibat pencerobohan tersebut. Namun, pihaknya menyatakan lebih banyak maklumat akan dikeluarkan dalam laporan tambahan kelak.

Sumber : AGENCIES/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.