Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Penjara tolak Najib hadiri Dewan Rakyat

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Najib Razak untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat minggu ini, menurut peguamnya Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau berkata, Jabatan Penjara menolak permohonan anak guamnya atas alasan keselamatan.

"Kami menulis kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara. pada 19 September dan mereka membalas permohonan itu tidak benarkan atas alasan keselamatan.

"Saya rasa sangat pelik kerana pastinya Parlimen lagi selamat daripada mahkamah kerana di mahkamah beliau terdedah kepada orang awam.

"Oleh kerana permohonan ditolak, kami membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun," katanya.

Tambah beliau lagi, Najib masih lagi seorang Ahli Parlimen dan sepatutnya diberikan hak untuk hadir pada sidang parlimen yang turut akan mendengar pembentangan Bajet 2023 Jumaat ini.
Sumber : Bernama/SU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan