Jabatan Penjara Malaysia nafi dakwaan penyanyi Yasin kehidupan dalam penjara bergantung kepada duit, pengaruh
Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi dan komposer Yasin dalam podcast Aididitmyway. (Gambar: Petikan skrin video Facebook/Aididitmyway)
Malaysian Prisons Department denies singer Yasin's allegation that life in prison depends on money and influence
- The Malaysian Prisons Department rejected Yasin Sulaiman's allegation in the AididitMyWay podcast that prison life is determined by money and influence.
- Mohamad Rosidek Musa said at Pengkalan Chepa Prison on Monday (Sep 21) that the department focuses on rehabilitation and on dealing with misconduct through regulations and standard operating procedures.
- He also explained that overcrowding at Pengkalan Chepa Prison remains under control through satellite prisons and reintegration programmes that allow inmates to work outside.
- The Bookathon 2026 programme, launched in February, has received 10,000 books, in collaboration with Boustead Holdings, Royal Chulan and SMO for prisons nationwide except in Sabah and Sarawak.
- Jabatan Penjara Malaysia menolak dakwaan Yasin Sulaiman dalam podcast AididitMyWay bahawa kehidupan penjara ditentukan wang dan pengaruh.
- Mohamad Rosidek Musa berkata di Penjara Pengkalan Chepa pada Isnin, 21 Sep, pihaknya menumpukan pemulihan serta menangani salah laku melalui peraturan dan SOP.
- Beliau turut menjelaskan kesesakan Penjara Pengkalan Chepa masih terkawal melalui penjara satelit dan program reintegrasi yang membolehkan penghuni bekerja di luar.
- Program Bookathon 2026 yang dilancarkan Februari menerima 10,000 buku, dengan kerjasama Boustead Holdings, Royal Chulan dan SMO untuk penjara seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.
KOTA BHARU: Jabatan Penjara menafikan dakwaan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman bahawa kehidupan dalam penjara bergantung kepada wang dan pengaruh.
Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Malaysia, Mohamad Rosidek Musa berkata pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani sebarang salah laku dan perkara negatif dalam kalangan penghuni penjara.
“Dakwaan itu tidak benar kerana dalam konteks kepenjaraan, kita fokus kepada program pemulihan dan cuba atasi perkara negatif yang berlaku di penjara.
“Kita akui mungkin ada perkara yang berlaku, tetapi ia tidak seperti didakwa. Ramai yang bebas daripada penjara berjaya membina kehidupan baharu, jadi kenapa kita mahu fokus kepada perkara negatif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Bookathon Jabatan Penjara Malaysia 2026 di Penjara Pengkalan Chepa, pada Isnin (21 Sep).
Beliau berkata setiap salah laku di dalam penjara akan ditangani mengikut peraturan dan prosedur ditetapkan, manakala SOP turut ditambah baik dari semasa ke semasa.
Awal dari itu, Yasin menerusi podcast AididitMyWay mendakwa wujud hierarki dalam kalangan banduan berdasarkan faktor kewangan dan pengaruh.
Dalam pada itu, Mohamad Rosidek berkata keadaan kesesakan di Penjara Pengkalan Chepa masih terkawal, namun pihaknya mengambil pendekatan dengan mewujudkan penjara satelit dan program reintegrasi penghuni yang membolehkan mereka bekerja di luar penjara sekali gus membantu menguruskan jumlah penghuni.
Sementara itu, Program Bookathon Jabatan Penjara Malaysia 2026 berkenaan menerima sumbangan 10,000 naskhah buku untuk kegunaan prospek di penjara seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.
Mohamad Rosidek berkata program yang dilancarkan Februari lepas itu dilaksanakan dengan kerjasama Boustead Holdings Berhad, Royal Chulan dan Syarikat Muda Osman Sdn Bhd (SMO) bagi menggalakkan masyarakat menyumbangkan buku baharu atau terpakai untuk kegunaan prospek.
“Sumbangan itu merangkumi pelbagai bahan bacaan termasuk buku motivasi, fiksyen dan agama, manakala SMO turut menyediakan diskaun 20 peratus bagi pembelian buku yang disumbangkan menerusi kempen di 31 premisnya,” katanya.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.