Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah jangan anjur aktiviti luar di tengah musim panas
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas menyusuli kemunculan maklumat di laman media sosial mengenai rungutan ibu bapa yang mendakwa ada sekolah merancang untuk mengadakan aktiviti merentas desa minggu ini.
Pengarah JPNT Jelani Ngah berkata mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), sebarang aktiviti luar bilik darjah tidak boleh dijalankan sekiranya suhu mencecah 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Beliau berkata pihaknya memberi arahan jelas kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah dalam keadaan cuaca panas bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini seperti strok haba.
"JPNT sentiasa memberi perhatian serius kepada isu kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya dalam keadaan cuaca panas yang melanda negara," katanya dalam kenyataan pada Ahad (14 Apr).

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.