Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan M'sia lulus permohonan UMNO buat pemilihan lepas PRU15

Dengan menangguhkan pemilihan parti, kuasa Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden untuk memilih calon bagi PRU kini sudah terjamin.

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan M'sia lulus permohonan UMNO buat pemilihan lepas PRU15

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Zahid Hamidi/Facebook)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Malaysia telah meluluskan permohonan UMNO untuk meminda perlembagaan parti itu bagi menangguhkan pemilihan sehingga selepas PRU ke-15, lapor Malaysiakini.

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan berkata, perkara itu dimaklumkan ROS melalui sepucuk surat kepadanya pada Jumaat (29 Jul).

"Sukacita dimaklumkan ROS telah meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO.

“ROS juga meminta satu pemilihan diadakan dalam satu penggal pilihan raya umum parlimen (Dewan Rakyat).

“Ini bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU ke-15 diadakan,” katanya dalam kenyataan di Twitter, pada Jumaat.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada ROS pada 17 Mei lepas.

Pada 17 Julai lalu, Encik Ahmad dilaporkan berkata pihaknya memberi masa "seminggu atau dua minggu” kepada ROS untuk meneliti dokumen tambahan yang diberikan bagi melancarkan permohonan berkenaan.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Encik Ahmad juga mengucapkan terima kasih kepada ROS atas kelulusan tersebut.

KEDUDUKAN ZAHID KINI TERJAMIN

Barisan kepimpinan UMNO kini sudah pun dalam "masa tambahan". Mereka dipilih pada Jun 2018 bagi penggal selama tiga tahun.

Sebelum penggal itu tamat tahun lalu, parti itu menggunakan Fasal 10.16 perlembagaannya untuk menangguhkan pemilihan selama 18 bulan, yang akan tamat pada 29 Disember tahun ini.

Hanya UMNO, MCA dan Gerakan yang memiliki peraturan membolehkan mereka melangkaui tempoh penggal lazim selama "tiga tahun tambah 18 bulan".

Pemerhati memberitahu Malaysiakini keputusan ROS berkemungkinan mengukuhkan lagi kedudukan Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden dalam memberi tekanan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agar mengadakan PRU.

Dengan menangguhkan pemilihan parti, kuasa Encik Ahmad Zahid untuk memilih calon bagi PRU kini sudah terjamin.

Pemerhati menjangka Encik Ahmad Zahid untuk meletakkan kalangan yang setia padanya sebagai calon.
Sumber : Agensi berita/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan